Monday, January 24, 2011

Ketinggian Ihsan - Sifat Mahmudah dan Mazmumah

Artikel pada kali ini berkisarkan tentang sifat ihsan yang perlu ada pada diri setiap individu muslim dan muslimah dan sifat yang bagaimana pula perlu dihindarkan dari diri muslim dan muslimah itu sendiri.

Ketinggian Ihsan

Ketika mana Nabi SAW menerima hakikat iman dan Islam dari Allah SWT melalui perantaraan malaikat Jibril , Baginda juga diberi kefahaman tentang hakikat ihsan yang menjadi tunjang kepada ahklah yang baik.

Ihsan dari segi bahasa ialah membuat sesuatu yangg baik manakala dari segi istilah syarak pula membawa maksud peribadatan insan terhadap Allah seolah-olah dia melihat Allah. Seandainya dia tidak melihat Allah, maka yakinlah bahawa Allah melihat dirinya, peribadatannya dan isi hatinya. "Ihsan" boleh diumpamakan dalam kehidupan ini sebagai seseorang yang yang melakukan gerak kerja harian dan merasakan seolah-olah ada sahaja pihak yang mengintainya, untuk melihat dia bekerja.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
" Jika kamu berbuat kebaikkan, kebaikkan ynag dilakukan itu akan kembali kepada dirimu juga. Dan jika kamu berbuat kejahatan maka kembali juga kepada kamu."
(Surah al-Isra': 7)

Begitulah tingginya ihsan itu disisi Islam yang mana kita selaku umat Islam harus memilikinya. Menyuruh kepada kebaikkan dan mencegah kepada kejahatan maka dia adalah orang yang berbahagia.

Pernah berlaku di zaman Saidina Umar ketika beliau keluar malam membuat rondaan di waktu malam. Dia terdengar perbualan seorang anak perempuan dengan ibunya tentang kuantiti susu yang perlu dimasukkan kedalam botol. Ibunya menyuruh anak perempuannya memasukkan sedikit susu dan lebihkan air tetapi anaknya enggan dengan mengatakan walaupun orang tak nampak akan perbuatan itu tetapi Allah tetap melihat.

Kisah ini menunjukkan betapa tinggi dan perlunya sikap ihsan ini dalam apa jua situasi yang kita hadapi.

Sifat Mahmudah



Rasullullah SAW diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Aisyah r.a ketika ditanya padanya tentang akhlah Nabi SAW maka dia menjawab :" Rasullullah SAW mempunyai budi pekerti al-Quran." Diriwayatkan daripada Rasullullah yang maksudnya: " Agama itu ialah kemuliaan budi pekerti.".

Risalah Islam bermatlamatkan akhlak mulia dan terpuji. Akhlak yang mulia merupakan tanda iman yang sebenar. Manakala Islam pula meletakkan akhlak sebagai intipati segala ibadat. Apabila membicarakan berkenaan dengan akhlak ianya terbahagi kepada dua iaitu sifat mahmudah dan mazmumah. Perkara ini telah pun dikupas secara terperinci di dalam Hujjatul Islam tulisan Iman Ghazali di dalam kitab utamanya iaitu Hidayatus Salikin.

Sifat-Sifat Mahmudah Menurut Imam Ghazali

  1. Taubat
  2. Takut kepada Allah SWT
  3. Kasih kepada Allah SWT
  4. Zuhud
  5. Sabar
  6. Syukur
  7. Ikhlas dan benar
  8. Tawakal
  9. Redha dengan qada' Allah SWT
  10. Mengingati mati   
1. Taubat

Keazaman untuk meninggalkan segala kesalahan dan dosa-dosa besar melalui jalan ilmu, penyesalan dan niat untuk tidak mengulanginya.

Firman Allah SWT:

Maksudnya: "dan bertaubatlah kamu kepada Allah wahai sekalian orang mukmin, semoga kamu mendapat kemenangan."
(Surah an-Nur:31)

Hukum Dosa kecil

Akan terhapus dengan memperbanyakkan zikir, istighfar, tahmid dan berwuduk

2. Takut Kepada Allah SWT

Apabila seseorang muslim itu mengenali Dzat Allah melalui sifatnya maka akan timbul rasa takut kepada Allah.

Firman Allah:

Maksudnya: " Sesungguhnya orang yang paling takut kepada Allah ialah hamba-hambanya yang berilmu(ulama')."
(Surah al-Fatir: 28)

Dengan adanya perasaan takut ini akan menyebabkan seseorang itu meningkatkan amal ibadat kepada Allah dan meninggalkan segala bentuk larangan Allah.

3. Mahabbah

Kasih kepada Allah dipuji oleh syarak dan dimuliakan oleh Rasullullah SAW

Firman Allah:

Maksudnya: " Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Surah Ali Imran: 31)

Mencintai Allah dan Rasul lebih dari segala-galanya dapat melahirkan jiwa yang benar-benar beriman dan sanggup berjihad demi agama.

4. Zuhud 

Merupakan corak kehidupan insan mukmin yang mengekang jiwa daripada segala bentuk kesenangan dunia sambil berusaha meninggalkan perkara yang tidak baik.

Tanda-Tanda Zuhud
  • Tidak terlalu gembira apabila mendapat sesuatu dan tidak terlalu sedih apabila kehilangan sesuatu
  • Sentiasa memandang sama kepada orang yang memuji dan mencela
  • Sentiasa berasa tenang ketika beribadat dan hati sentiasa terdorong untuk melakukan ketaatan.
5. Sabar

Firman Allah:

Maksudnya: " Dan Kami(Allah) akan memberikan balasan kepada orang yang bersabar itu pahala, menurut apa yang telah mereka kerjakan dengan sebaik-baiknya."
(Surah al-Nahl: 96)

Sabar ini susah untuk diamalkan melainkan mereka yang kuat imannya seperti sabar dalam melakukan ketaatan. Sebagai contoh sabar dalam solat, mengeluarkan zakat, berpuasa dan sebagainya. Sabar juga dapat menjauhkan diri daripada sifat sombong, mengumpat, bercakap yang sia-sia dan sebagainya. Bersabar terhadap perkara seperti musibah, kemalangan dan sakit juga adalah sesuatu sifat yang mulia.

6. Syukur

Firman Allah:

Maksudnya: "Maka ingatilah Aku, nescaya Aku akan mengingatimu, dan syukuri nikmat-Ku dan jangan sesekali kamu kufur."
(Surah al-Baqarah: 152)

Firman Allah lagi:

Maksudnya: " Dan (ingatlah) takkala tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya, jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras."
(Surah Ibrahim: 7)

Syukur itu meliputi ilmu,amalan dan suasana. Ilmu dapat mengenal Allah melalui nikmat-Nya, amalan pula adalah dengan melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh Allah, dan suasana menimbulkan kegembiraan atas nikmat yang dimiliki.

7. Ikhlas dan Benar

Mereka yang membersihkan amalannya dinamakan orang yang ikhlas. Untuk mencapai tahap ini amat dituntut untuk mematahkan dorongan hawa nafsu dan kasihkan dunia. Amalan yang ikhlas dan suci dalam perbuatan, tutur kata dan ibadat akan mendekatkan diri dengan Allah. 

Firman Allah:

Maksudnya: " Kecuali orang yang bertaubat, membuat kebaikkan dan berpegang teguh kepada Allah serta mengikhlaskan agamanya kerana Allah."
(Surah an-Nisa': 146)

Hakikat Benar
  • Benar dalam menepati janji
  • Benar dalam perkataan
  • Benar dalam niat dan kehendak
  • Benar dalam keazaman
  • Benar dalam amalan
Hadis Nabi SAW:

Maksudnya: " Sesungguhnya kebenaran itu menbawa kepada kebajikan dan kebajikan itu membawa ke syurga."

8. Tawakal

Meletakkan kebergantungan hanya kepada Allah setelah berazam dan diikuti dengan usaha. 

Allah SWT berfirman:

Maksudnya: " Apabila kamu berazam, maka bertawakallah kepada Allah."
(Surah Ali Imran: 159)

Firman Allah lagi yang bermaksud:

" Orang (yang metaati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada yang mengatakan: " Sesungguhnya orang (Quraisy) telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka", Maka perkataan itu menambahkan keimanan mereka dan mereka menjawab: "Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung."
(Surah Ali Imran: 173)

9. Redha dengan Qada' Allah SWT

Setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita sama ada baik atau pun buruk maka hendaklah diterima dengan hati yang tenang dan sabar serta tidak ada keluh kesah atau penyesalan darinya. Bukan menjadi sesuatu yang mudah untuk mencapai tahap maqam yang sebegini tinggi. Namun dengan didikan rohani yang bersungguh-sungguh sifat murni ini akan dimiliki.

Firman Allah SWT:

Maksudnya: "Allah telah redha akan mereka, dan mereka pula redha dengan Allah, itulah sifat orang yang takut akan Tuhannya."
(Surah al-Bayyinah: 8)

10. Mengingati Mati

Hadis Nabi SAW yang bermaksud:

" Sepintar-pintar manusia ialah orang yang mengingati mati dan sentiasa bersedia menghadapinya, mereka itulah orang yang bijaksana."

Firman Allah SWT:

Maksudnya: " Katakanlah bahawasanaya maut yang kamu sekalian ingin lari daripadanya itu pasti mendatangi kamu, kemudian kamu sekalian akan dikembalikan kepada Dzat yang Maha Mengetahui segala yang ghaib serta yang nyata. Kelak dia akan memberitahu kamu segala yang telah kamu lakukan."
(Surah al-Jumu'ah: 8)

Dengan mengingati mati sebagai penyudah kepada kehidupan maka individu muslimin dan muslimah akan sentiasa melakukan perkara kebaikkan dan meninggalkan tegahan Allah.

Semoga apa yang disampaikan ini dapatlah diri saya bersama dengan pembaca sekalian mempraktikkannya dalam kehidupan kita mudah-mudahan menjadi insan yang beriman dan bertaqwa kepada Allah dan melakukan amal kebaktian kepada seluruh masyarakat. Semoga kita disayangi oleh seluruh makhluk dilangit dan dibumi, Insyaallah.

Ikuti sambungan berikutnya tentang sifat mazmumah pada masa akan datang, Insyaallah.
  


    






Wednesday, January 19, 2011

Doa







Nu'man Ibn Basyir meriwayatkan dari Rasullullah SAW: " Doa itu ialah ibadah".


Firman Allah SWT:


Maksudnya: Dan tuhan kamu berfirman: " Berdoalah, nescaya Aku(Allah) perkenankan untukmu."
(Surah al-Ghafir: 60)


Syarat-Syarat



  1. Dalam keadaan berwuduk
  2. Dalam keadaan menutup aurat
  3. Menghadap ke arah kiblat
  4. Dalam keadaan khusyuk dan tawaduk
  5. Tidak tergesa-gesa
  6. Dimulai dengan memuji kebesaran Allah SWT
  7. Kemudian berselawat kepada junjungan Nabi SAW
  8. Membaca doa dengan penuh harapan semoga doa itu diperkenankan
  9. Diakhiri dengan selawat dan salam
  10. Adalah lebih baik sekiranya kita memahami doa yang dibaca
Syarat Doa Dimakbulkan

  1. Menjaga makanan dan minuman supaya tidak terlibat dengan yang haram mahupun yang syubhah
  2. Harta yang diperolehi mestilah jelas halal dan punca perolehannya
  3. Tidak melakukan perbuatan maksiat
  4. Hindarkan fikiran dari perkara yang tidak baik
Waktu Yang Baik Untuk Berdoa

  1. Pada malam Al-Qadar(sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan)
  2. Pada hari Arafah(9 Zulhijjah ketika jemaah haji berwukuf di padang Arafah)
  3. Pada bulan Ramadhan
  4. Pada malam Jumaat
  5. Pada hari Jumaat
  6. Waktu berjumaat, lebih-lebih lagi ketika imam duduk di mimbar sampai imam mengucapkan salam
  7. Pada tengah malam
  8. Seperdua malam yang kedua(selepas 12 tengah malam)
  9. Sepertiga malam yang pertama(pukul 6 hingga 10 malam)
  10. Sepertiga malam terakhir(selepas pukul 2 pagi)
  11. Pada waktu sahur
  12. Sesudah berwuduk
  13. Ketika muazzim azan untuk solat
  14. Antara azan dan iqamat
  15. Ketika orang mengucapkan iqamat
  16. Ketika berbaris(jalan bersama) menuju medan perang sabil
  17. Dalam pertempuran di medan perang
  18. Pada akhir setiap solat fardu
  19. Pada waktu sedang sujud(dalam solat atau diluar solat)
  20. Ketika sedang membaca Al-Quran
  21. Setelah tamat membaca al-Quran
  22. Ketika meminum air zam-zam
  23. Pada waktu ayam jantan berkokok(pada waktu pagi)
  24. Pada saat berkumpulnya kaum muslimin kerana agama
  25. Pada waktu berkumpul untuk berzikir(sama ada berkumpul untuk berzikir, membaca al-Quran, menghadiri majlis ilmu dan sebagainya.)
  26. Ketika menutup mata orang yang telah mati
  27. Pada waktu hujan turun 
Sebab Doa Tidak Diterima
  1. Mengenali Allah, tetapi tidak melakukan segala suruhan-Nya
  2. Mengatakan cinta kepada Rasul Allah, tetapi meninggalkan suruhannya
  3. Membaca Al-Quran tetapi tidak beramal dengannya
  4. Makan nikmat Allah, tetapi tidak bersyukur pada-Nya
  5. Mengatakan syaitan musuhnya tetapi tidak menentangnya
  6. Mengatakan syurga itu benar, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya
  7. Mengatakan neraka itu benar tetapi tidak cuba lari darinya
  8. Mengatakan mati itu benar tetapi tidak bersedia menghadapinya
  9. Bangun daripada tidur lalu menceritakan segala keaiban manusia tetapi melupakan keaiban diri sendiri
  10. Mengebumikan mayat tetapi tidak mengambil iktibar darinya.
Sama-samalah kita berusaha dengan lebih baik dalam menjadikan doa kita diterima oleh Allah..hanya kepada-Nya kita sembah dan kepada-Nya juga kita meminta pertolongan. Mudah-mudahan segala hajat dan doa kita akan lebih baik dan diterima oleh Allah. InsyaAllah 

Tuesday, January 18, 2011

Kerana Cinta

video

cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptalah cinta
di situ rindu bermula

cinta itu tak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala

semua kerana cinta
yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa
merawat duka
damai di jiwa
terpadamlah api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang begitulah cinta
yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan

dan jangan kita pula
kerana bercinta kita pun leka
dan jangan pula kerana bercinta
tergadai semua maruah agama

cinta yang sejati
hanya cintakan illahi
cinta ayah bonda
tulus suci selamanya
cintakan saudara

hanya sementara
serta sesama insan
suburkan dengan ketakwaan..

Akikah dan Bercukur Rambut

Artikel kali adalah sambungan dari syariat kelahiran

Akikah

Amalan menamakan bayi yang baru dilahirkan ini dilakukan selaras dengan akikah dan juga bercukur. Akikah dari segi makna ialah memutus manakala dari segi istilah pula ialah menyembelih haiwan al- an'am atau haiwan ternakan seperti lembu, kambing dan sebagainya(berkaki empat) buat anak yang baru lahir khususnya pada hari ketujuh kelahirannya atau selewat-lewatnya sebelum anak tersebut baligh.

Imam Bukhari meriwayatkan dari Salman bin Amir al-Dhabi r.a katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Bersama bayi itu akikahnya, maka tumpahkanlah darah untuknya dan tinggalkan daripadanya perkara yang menyakitkan (iaitu kekotoran dan najis)."


Ada juga hadis lain yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan selainnya dari Samrah r.a katanya. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Bayi itu tergadai olehnya akikah, disembelihkan ia pada hari ketujuh, hari itu diberikan nama dan dicukur kepalanya". 


Syarat-syarat Akikah


  1. Umur binatang sembelihan
  • Unta berumur 5 tahun lebih
  • Lembu/kerbau berumur 2 tahun lebih
  • Kambing berumur 2 tahun atau telah bersalin gigi. 
  • Kibas berumur 1 tahun atau telah bersalin gigi.
    2. Binatang sembelihan sihat dan tidak cacat

    3. Daging akikah dipotong mengikut sendinya dengan tidak memecahkan tulangnya sesuai dengan tujuan        akikah sebagai "Fida" (  mempertalikan ikatan antara anak dengan Allah)

    4. Disembelih atas nama anak yang dilahirkan

    5. Tidak boleh berkongsi misalnya beberapa orang berkongsi seekor kambing untuk mengakikahkan anak mereka

    6. Sebaik-baiknya berakikah dengan kambing tetapi boleh juga akikah dengan haiwan lain seperti lembu, kerbau, unta dan sebagainya.

Daging akikah tadi adalah sunat dibuat jamuan untuk ahli keluarga, jiran tetangga, dan saudara mara terdekat.

" Sembelihan binatang itu atas nama anak yang dilahirkan dan ucapkanlah; " Dengan nama Allah, ya Allah, bagi- Mu dan kepada- Mu kupersembahkan akikah si Fulan atau Si Fulanah ini". (Hadis riwayat al- Baihaqi)

Amalan Bercukur Rambut

Hikmah disebalik bercukur ini adalah untuk membuang selaput dikepala, meningkatkan tahap kesihatan anak, menajamkan daya penglihatan, pendengaran dan bau(Menurut Ibn Qayyim)

Hikmah Berakikah
  1. Melahirkan rasa gembira atas kelahiran baru yang sujud kepada Allah
  2. Mendekatkan diri anak kepada Allah dengan akikah yang dilakukan
  3. Mengukuhkan tali persaudaraan sesama Islam apabila jamuan akikah diadakan
  4. Sebagai tebusan anak tersebut dapat memberi syafaat kepada ibu bapa
  5. Tanda syukur kepada Allah atas kelahiran anak
  6. Menjauhkan anak dari segala bahaya dan bencana
Berkhitan

Berkhitan atau berkhatan atau bersunat dalam istilah Melayu adalah memotong kulup atau lebihan kulit zakar bagi lelaki dan memotong sedikit hujung kelentit(clitoris) bagi perempuan.

"Fitrah itu lima perkara, ataupun lima bentuk fitrah ialah: Berkhatan, mencukur bulu kemaluan(lelaki dan perempuan), mencabut bulu ketiak, memotong kuku, dan mengunting misai. (hadis riwayat Abu Hurairah)

"Khitan itu disunatkan bagi kaum lelaki dan dimuliakan bagi kaum wanita". (Hadis riwayat Iman Ahmad)

Pendapat ulama' sepakat mengatakan khitan ini perlu dilaksanakan sebelum anak mencapai umur baligh.

Khitan Wanita

Disebutkan oleh Imam Ahmad daripada Ummu 'Athiyyah bahawa Rasulullah SAW pernah menyuruh seseorang supaya tidak memotong keterlaluan

Sabda Nabi SAW:

" Jika kamu mengkhitan maka janganlah kamu berlebih-lebihan kerana yang demikian akan lebih baik bagi wanita dan lebih disukai oleh suami".

Hikmah Berkhitan

  1. Membawa kesempurnaan kepada agama
  2. Membezakan antara orang Islam dan bukan Islam
  3. Menjaga kesihatan dan menjaga syahwat
  4. Memelihara diri daripada bahaya penyakit

Monday, January 17, 2011

Kepentingan Konsep Syahadah

Konsep Syahadah


Maksud: Aku bersaksi tiada tuhan selain Allah dan
aku bersaksi Muhammad itu pesuruh Allah.

Tiada guna segala kesenangan yang dikecapi, tiada guna pangkat tinggi melangit tanpa pengabdian dan kepatuhan kepada Allah. Pengucapan kalimah syahadah adalah menjadi tunjang kepada agama Islam dan setiap lafaz itu perlulah disertai dengan keimanan, penghayatan dan melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah SWT.

Kanak-kanak yang telah menjejakkan kaki ke alam dewasa dan mukallaf perlu diajar padanya syahadah serta memberi bimbingan dalam menjalani kehidupan ke arah yang lebih baik dengan mengajarnya solat, puasa dan ibadat-ibadat yang lain. Sama juga keadaannya apabila mereka yang baru memeluk agama Islam perlu juga mengucapkan kalimah agung ini. Dalam erti kata yang mudah, kalimah syahadah adalah kalimah yang menjadi pengakuan seseorang terhadap sesuatu. Dan apabila seorang manusia itu mengucap kalimah syahadah adalah menjadi satu penyaksian dan pengakuan  dengan lidah terhadap sesuatu perkara. Pengakuan yang mana dia redha Allah sebagai tuhannya dan Muhammad adalah rasul-Nya dan dia akan mematuhi segala syariat Allah dan meninggalkan larangan Allah.

Kalimah syahadah ini mempunyai 2 bahagian iaitu  kalimah  لا إله إلا الله  yang mana kalimah ini merupakan  satu bentuk penafian segala bentuk tuhan, kepercayaan, akidah, dan penyembahan selain daripada Allah Tuhan sekalian alam dan  محمد رسول الله adalah pengakuan kerasulan Nabi Muhammad sebagai rasul dan utusan Allah.

Lafaz syahadah ini perlu dilafaz sekali gus dan sekiranya berlaku sebaliknya maka syahadah tersebut tidak sah. Penghayatan lafaz ini adalah penting dalam kehidupan seorang muslim bagi memantapkan keimanan kepada Allah dan melahirkan kesedaran dalam melaksanakan hukum Allah.

Tuntutan syahadah ini dapat dibuktikan dengan menunaikan solat lima waktu, puasa, zakat, menunaikan haji, iaitu terdapat di dalam Rukun Islam yang lima dan seterusnya menghindarkan diri kita dari melakukan perkara yang ditegah oleh Allah dan melakukan apa yang diperintahkannya.

Fardu syahadah ini ada dua iaitu pengucapan kalimah itu mesti diikrarkan dengan lidah dan yang kedua tasdiqkan dengan hati. Bagi yang ingin memeluk agama Islam adalah penting menyebut kalimah ini sama ada di dalam bahasa arab atau di dalam bahasanya sendiri. Pengakuan dengan hati adalah dengan menyerahkan diri kita kepada Allah SWT sebagai tanda kita tunduk, taat dan patuh padanya.

Antara syarat-syarat syahadah ialah:

  1. Diketahui
  2. Diikrarkan dengan lidah
  3. Ditasdiqkan dengan hati  
  4. Diamalkan dengan anggota
Mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat kita fahami konsep syahadah yang sebenar dalam meniti kehidupan kita agar kita tidak lupa dan lalai dalam mengerjakan perintah Allah serta meninggalkan larangannya.


Syariat Kelahiran

"Aku telah mendapat seorang anak, kemudian aku membawanya kepada Nabi SAW. Baginda Menamakannya Ibrahim, lalu mentahnikkannya dengan sebiji kurma". (hadis riwayat Abu Burdah dari Abu Musa)

Kehadiran permata hati di dalam sebuah keluarga adalah sesuatu yang sangat ditunggu-tunggu. kehadirannya akan menjadi jambatan hubungan kasih sayang yang lebih erat antara suami dan isteri dalam meniti bahtera kehidupan. Tambahan pula kelahiran ini sangat diingini hasil dari perkahwinan yang sah.

Sampaikan khabar gembira 




Setelah mendapat cahaya mata adalah menjadi suatu tanggungjawab bagi kita menyebarkan khabar gembira ini kepada kaum keluarga, saudara mara, rakan-rakan dan sebagainya. Jika kita menyingkap kembali Sirah Nabawiyyah, kita akan mendapati bahawa ketika Nabi SAW dilahirkan, Thuwaibah telah memberi khabar gembira kepada Abu Lahab yang ketika itu adalah majikannya dengan mengatakan, "Telah lahir seorang anak lelaki daripada Abdullah". Maka sesudah itu Abu Lahab memerdekakan Thuwaibah kerana perasaannya yang terlalu gembira.

Ucapan tahniah ini merupakan salah satu cara dalam kita meraikan pasangan yang baru mendapat cahaya mata. Dengan cara ini dapatlah diwujudkan suasana kesatuan umat Islam. Selepas mendapat cahaya mata adalah menjadi kewajipan seorang bapa untuk melakukan beberapa perkara yang telah disyariatkan dalam Islam.

Azan dan Iqamat

Islam telah mensyariatkan umatnya agar melaungkan azan pada telinga kanan bayi dan iqamat pada telinga kiri bayi. Seperti hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a yang maksudnya: "Aku bersyukur kepada Allah yang mengurniakan. Sungguh sempurna kekuasaan-Nya dan kamu telah mendapat anugerah kebaikkan-Nya". Dalam hadis yang lain diriwayatkan oleh Abu Rafi' yang maksudnya: " Abu Rafi' berkata : " Saya melihat Rasullullah SAW membacakan azan pada telinga kanan Hasan bin Ali yang baru dilahirkan oleh Fatimah".

Antara kebaikkan azan:


  1. Sebagai tanda memuji kebesaran Allah atas nikmat anak yang diberikan dan memuji kekuasaan Allah serta memanjatkan kesyukuran pada Yang Maha Esa.
  2. Sebagai satu pernyataan syariat Islam mendahului dakyah syaitan terkutuk dan mengekang arus nafsu syahwat.
Tahnik

Tahnik atau dalam erti kata lain ialah belah mulut. Perbuatan ini dilakukan dengan memasukkan manisan seperti tamar ke dalam mulut dalam kuantiti yang sedikit. Terlebih dahulu tamar tersebut dikunyah oleh orang yang alim dan bertaqwa kepada Allah. Tamar yang dikunyah tadi hendaklah diletakkan pada jari telunjuk dan digerakkan ke kiri dan kanan mulut bagi sehingga kena pada keseluruhan mulut bayi berkenaan dan turun hingga ke rongga tekak bayi.

Diriwayatkan daripada Asma' ketika mana beliau mengandungkan Abdullah bin Zubir di Mekah. Sesudah itu beliau datang ke Madinah dan tinggal di Quba'. Selepas Abdullah dilahirkan, Asma' membawanya berjumpa dengan Nabi SAW lalu baginda meletakkannya diatas ribaan baginda. Baginda kemudiannya berdoa dan mengunyah sebiji tamar lalu dimasukkan kedalam mulut Abdullah. Antara hikmahnya adalh untuk menguatkan saraf mulut bagi mempersiapkan bayi untuk menghisap susu denga sempurna.

Nama Yang Baik


Sudah tentu ibu bapa diluar sana telahpun melakukan sesuatu yang cukup baik dalam membentuk anak yang soleh. Maka perlulah terlebih dahulu memberi anak itu dengan nama yang baik. Nama yang baik merupakan perkara yang sangat dituntut kerana ianya akan mempengaruhi peribadi anak berkenaan. Abu Daud meriwayatkan daripada Abu Darda r.a bahawa Rasullullah SAW telah bersabda yang maksudnya: " Sesungguhnya pada hari kiamat kelak, manusia akan dipanggil mengadap Allah SWT dengan nama masing-masing dan nama bapa masing-masing(seperi nama didunia). Oleh itu, pilihlah nama yang baik-baik untuk kamu sekalian".

Insyaallah pada masa yang akan datang ana akan memuatkan lagi sambungan syariat kelahiran yang mana ianya berkenaan dengan akikah dan bercukur rambut, dan berkhitan.




Sunday, January 16, 2011

Kisah Abu Bakar As-Siddiq

Beliau lahir dua tahun beberapa bulan setelah kelahiran Rasulullah Saw di kota Mekkah. Atau pada tahun 51 sebelum Hijriah (751 M). Nama lengkapanya Abdullah bin Utsman bin ‘Amir bin Ka’ab at-Taimy al-Qursy. Dulunya bernama Abdul Ka’bah, kemudian Rasulullah mengantinya dengan nama Abdullah. Gelarnya As-Sidiq; orang percaya. Ketika terjadi peristiwa Isra’ dan Mikraj, beliaulah termasuk orang pertama yang percaya dengan peristiwa itu. Maka beliau digelari as-Siddiq. Nama panggilanya Abu Bakar. Ibunya bernama ummul Khoir Salma binti Shahr bin ‘Amir .


Di kalangan kaumnya dikenal dengan al-‘Atiq. Konon ceritanya Rasulullah pernah berkata; “Kamu adalah hamba Allah yang dijauhkan (‘Atiq) dari api neraka”. Maka sejak itulah terkenal di kalangan sahabat dengan sebutan al-‘Atiq. Pendapat lain mengatakan beliau mempunyai wajah yang kacak. Pendapat lain pula beliau banyak memerdekakan budak muslim seperti Bilal. Pendapat lain pula menyatakan tidak ada cacat dalam nasabnya.


Mengenai pribadinya, Ibn Asakir meriwayatkan dari Abdullah bin az-Zubair, “Ketika para sahabat sedang kumpul dalam suatu majlis, seseorang bertanya kepada Abu Bakar. “Apakah kamu pernah minum khamar pada masa Jahiliyah?” kata orang itu. Beliau menjawab, “Aku berlindung kepada Allah. “Kenapa” orang itu bertanya. “Saya dapat menjaga kehormatan diriku dan maruah. Sebab orang yang minum khamar akan hilang kehormatannya dan maruahnya” jawab Abu Bakar. Orang pun melaporkan kepada Rasulullah. Rasulullah berkata, “Abu Bakar benar. Abu Bakar benar.” Dari‘Aisyah r.a. berkata, “Demi Allah, Abu Bakar r.a. belum pernah membaca syair pada masa Jahiliyah dan Islam. Beliau dan Uthman bin ‘Affan tidak pernah meminum khamar/arak.”


Pada waktu Rasulullah wafat, kaum muslimin mulai bimbang akan keadaan Islam. Melihat kepada keadaan yang sangat membahayakan ini, beliau dengan lantang berkata; “ Siapa diantara kalian yang menyembah Muhammad (Rasulullah), maka Muhammad sudah wafat. Tapi barangsiapa menyembah Allah SWT maka Allah SWT itu hidup dan tidak akan mati.” Mendengar ucapan itu, maka tenanglah hati umat Islam. Hingga akhirnya Allah SWT menguatkan keimanan mereka.


Selepas Rasululllah wafat, beliau diangkat menjadi khalifah oleh kaum muslimin pada tahun 11 H. inilah sejarah pergantian kempimpinan umat Islam untuk pertama kali yang dibuat berdasarkan majlis syura (musyawarah). Pada waktu dipilih menjadi khalifah beliau berkata; “Aku diangkat menjadi pemimpin kalian tapi bukan bererti aku yang paling baik dari kalian. Sekiranya aku melakukan kebaikan maka kalian harus menolongnya dan sekiranya aku berbuat salah maka kalian wajib meluruskan dan mengingatkan. Kejujuran adalah amanah dan berdusta adalah khianat dan pengingkaran terhadap yang benar. Orang-orang yang lemah diantara kalian, bagiku adalah orang kuat hingga aku memberikan haknya. Dan orang-orang yang kuat diantara kalian, bagiku adalah lemah hingga aku ambil hak-hak itu darinya.”


Isteri-isteri beliau; Ummu Rumman binti ‘Amir, Qutailah binti Abdul Izza, Asma’ binti ‘Umais dan Habibah binti Khorijah. Lahir dari perkawinnya tiga anak laki-laki dan tiga perempuan. Tiga anak laki-laki itu; Abdullah, Abdurrahman dan Muhammad. 3 anak perempuannya; Asma’, Aisyah (istri Rasulullah) dan Ummu Kultsum.


Beliau menjawat jawatn khalifah selama dua tahun dan tiga bulan. Wafat pada tahun 12 H berumur 63 tahun, seperti umur Rasulullah ketika wafat. Dikuburkan di dekat kuburan Rasulullah di kamar Aisyah RA. Sebelum wafatnya, beliau pernah berwasiat kepada Umar bin Al-khattab untuk menjadi khalifah.


Beliau sangat pandai dalam ilmu nasab (salasiah keturunan) suku dan juga penceritaannya. Beliau termasuk dari ketua-ketua Quraisy di masa Jahiliyah yang disegani dan senangi kerana sikapnya yang bijak. Selama hidupnya belum pernah minum khamar dan menyembah berhala. Ketika di Yaman, seorang syeik dari al-Azd pernah memberitahu tentang hadirnya kenabian Muhammad Saw. Beliau orang pertama yang meyakini dan mempercayai kenabian Muhammad. Seperti halnya berita yang disampaikan Waraqah bin Naufal kepada beliau mengenai kenabian Muhammad Saw.


Pada waktu hijrah, beliau menjadi teman Rasulullah dalam perjalanan hijrah itu, begitu juga ketika Rasulullah berada di gua Hira. Hal ini diceritakan dalam firman Allah; “…sedang ia salah seorang dari dua sahabat pada waktu di gua Hira'..(QS.at-taubah:40). Ketika melakukan ibadah haji beliau orang pertama menjadi amir (ketua) rombongan kaum muslimin dalam haji tersebut dan orang pertama yang menjadi imam solat setelah wafatnya Rasulullah.


Diantara orang-orang yang memeluk Islam atas jasanya adalah; az-Zubair bin al-Awwa, Uthman bin Affan, Abdurrahman bin ‘Auf, Saad bin Abu Waqos, Tholhah bin Ubaidillah, Abu ‘Ubaidah bin Jarrah. Mereka termasuk 10 orang-orang yang diberitakan masuk surga. Termasuk beliau juga.


Beliau telah memerdekakan 7 orang; Bilal, ‘Amir bin Fahiroh, Zanirah, Nahdiyah dan anak perempuannya, Jariyah bani Muammal dan Ummu ‘Abis. Mengumpulkan mushaf yang tersebar di pelbagai pelosok. Beliau juga orang yang sangat tegas memerangi orang-orang murtad (keluar dari Islam) dan engan membayar zakat. Pada masa beliau memangku jawatan khalifah, syiar Islam tersebar melalui penaklukan ke pelbagai negara. Inilah sejarah awal penaklukan dalam Islam. Ada 142 hadits yang diriwayatkankan. Diantara riwayat hadits dari beliau; Suatu ketika Abu Bakar bertanya kepada Rasulullah. “Wahai Rasulullah, ajarkan kepadaku do’a dalam solat.” Rasulullah menjawab: “berdoalah dengan ini; “Allahumma inni dholamtu nafsi dhulman katsiro…(Wahai Allah, aku banyak berbuat kezaliman, tidak ada orang yang boleh berikan ampunan dosa-dosa zalimku kecuali Engkau. Maka berilah ampunan atas semua dosa-dosaku dan berilah kasih sayang dan rahmat. Sesungguhnya Engkau adalah Dzat yang Maha Pemberi Ampunan dan Kasih sayang” (HR.Bukhari)


Apa kata Rasulullah mengenai peribadinya: “Tidak seorangpun diantara manusia yang lebih banyak dari Abu Bakar dalam menjaga diriku denganm jiwa dan hartanya. Sekiranya dibolehkan aku menjadikan teman baik diantara manusia nescaya saya jadikan Abu Bakar sebagai teman baik. Akan tetapi persaudaraan atas nama Islam itu lebih utama. Silakan kalian tutup setiap pintu untukku di masjid kecuali pintu Abu Bakar (HR.Bukhari).


Dalam hadits lain disebutkan,suatu ketika Rasulullah bertanya kepada para sahabat; “ Siapa diantara kalian yang hari ini berpuasa.” Abu Bakar menjawab; “Saya, wahai baginda Rasul. “Siapa diantara kalian yang telah memberi makan orang miskin?” Abu Bakar menjawab; “Saya, Wahai Rasul.” “Siapa diantara kalian telah mendoakan dan menjenguk orang sakit?” Abu Bakar menjawab; “Saya, wahai baginda Rasul.” Setelah itu Rasulullah bersabda; “Sekiranya sifat dan perbuatan tersebut dilakukan oleh seseorang maka kelak dia akan masuk syurga.”


Wasiat Abu Bakar kepada Umar sebelum ajal menjemputnya sebagaimana diceritakan Abdurrahman bin Abdullah bin Sabith “Pada waktu ajal hendak menjemputnya, beliau memanggil Umar. Beliau berkata, “Wahai Umar, ingatlah bahawa ada amalan untuk Allah yang dilakukan siang hari yang Allah tidak akan menerima amalan itu di waktu malam. Dan ada amalan untuk Allah yang di malam hari yang tidak akan diterima di waktu siang. Allah tidak menerima amalan sunnah sehingga yang wajib dilaksanakan. Timbangan amal baik di akhirat menjadi berat kerana mengikuti jalan kebenaran di dunia hingga Allah beratkan timbangan atas mereka. Dan timbangan (baik) manusia berkurang di akhirat kerana manusia mengikuti jalan sesat/batil selama di dunia


Ketika beliau wafat, Ali bin Abi Talib berkata; “Semoga Allah memberikan rahmat kepada Abu Bakar, Kamu adalah saudara Rasulullah, kawan dekat, penghibur duka lara, dan kawan dalam bermusyawarah. Kamu adalah orang pertama yang masuk Islam, yang paling ikhlas beriman kepada Allah dan Rasulul-Nya, yang paling baik dalam persahabatan dan paling mulia diantara kaum lainnya. Kamu juga yang paling serupa dengan Rasulullah ketika diam dan gerak. Allah telah angkat darjat namamu, wahai Abu bakar dalam tingkatan yang paling tinggi. Allah berfirman; “ Dan orang yang percaya dengan kenabian Muhammad.


Dalam riwayat Asakir dari al-Ashma’y disebutkan bahawa Abu Bakar jika dipuji beliau berdo’a “Ya Allah Engkau lebih tahu tentang diriku dan saya lebih tahu dari mereka. Ya Allah berikan kebaikan padaku dari apa yang mereka sangkakan. Ampunilah aku dari apa yang mereka tidak tahu dan jangan azab aku dari apa yang mereka katakan.”

Thursday, January 13, 2011

Khutbah


Muhammad : Mercy to Mankind

by Sâlih Muhammad Al-Tâlib
All praise is due to Allâh, Lord of all the worlds. Peace and blessings of Allâh be upon the Messenger, his household and companions.
Fellow Muslims! Fear Allâh and seek for His mercy by being dutiful to Him. Allâh says,
“O you who believe! Fear Allâh, and believe in His Messenger (Muhammad (peace be upon him)) He will give you a double portion of His Mercy, and He will give you a light by which you shall walk (straight), and He will forgive you. And Allâh is Oft-Forgiving, Most Merciful.” (Al-Hadîd 57:28)
Brethren in faith! Fear Allâh and do not incline to this world and its adornments. For this world is a temporary abode in which both righteous and sinful have their sustenance. The Hereafter is a true appointed time in which the Lord, Who is Omnipotent, shall judge between truth and falsehood.
Fellow Muslims! In this time of despair and hardship, a time in which values and concepts have been turned upside down, a time in which the powerful suppresses the weak and the rich the poor, a time that civilizations clash, the Muslims are seriously in need of affirming their civilization that is based on noble concepts. It is through these noble concepts that the Ummah’s injuries can be healed.
The world communities have never been in a greater need to realize the defects that are in their civilizations as they are today. They need to know the defects of their systems of life. It is time for them to ask themselves the causes of their problems and the misery, which their civilizations have caused. They need to know the causes of widespread distress and anxiety that have overwhelmed their lives.
These are just some of the questions whose answer is provided by the Glorious Qur’ân. Allâh says,
“But whosoever turns away from My Reminder (i.e. neither believes in this Qur’ân nor acts on its teachings.) verily, for him is a life of hardship, and We shall raise him up blind on the Day of Resurrection. He will say: "O my Lord! Why have you raised me up blind, while I had sight (before)." (Allâh) will say: "Like this: Our signs came unto you, but you disregarded them (i.e. you left them, did not think deeply in them, and you turned away from them), and so this Day, you will be neglected (in the Hell-fire, away from Allâh's Mercy).” (Tâ Hâ 20:124-126)
Dear brother! If you reflect on the life history of the Messenger of Allâh, you will find it full of noble qualities in concept and practice. This is why the civilization of his religion is the only civilization that brought happiness to the world.
‘آishah narrated that she asked the Prophet, ”Have you encountered a day harder than the day (of the battle) of Uhud?" The Prophet replied,
"Your tribes have troubled me a lot, and the worse trouble was the trouble on the day of 'Aqaba when I presented myself to Ibn 'Abd-Yalail bin 'Abd-Kulal and he did not respond to my demand. So I departed, overwhelmed with excessive sorrow, and proceeded on, and could not relax till I found myself at Qarnath-Tha-alib where I lifted my head towards the sky to see a cloud shading me unexpectedly. I looked up and saw Gabriel in it. He called me saying, 'Allah has heard your people's saying to you, and what they have replied back to you, Allah has sent the Angel of the Mountains to you so that you may order him to do whatever you wish to these people.' The Angel of the Mountains called and greeted me, and then said, "O Muhammad! Order what you wish. If you like, I will let Al-Akh-Shabain (i.e. two mountains) fall on them." The Prophet said, "No but I hope that Allah will let them beget children who will worship Allah Alone, and will worship none besides Him.” (Al-Bukhârî and Muslim)
When the people of Makkah made things difficult for him, persecuted him and his companions and injured his face, he could still be heard saying while wiping blood off his face, “O Allâh! Forgive my people for they know not what they are doing.”
Fellow Muslims! It is with this mercy and compassion that the Messenger of Allâh was sent. And it is with mercy and compassion that he treated all his opponents and companions alike. Mercy is an attribute of Allâh. He is the Compassionate, the Merciful. And He is Kind with His creatures. He sent His Messenger with kindness and He says,
“And We have sent you (O Muhammad (peace be upon him)) not but as a mercy for all the worlds.” (Al-Anbiyâ 21:107)
The Prophet also brought the law of Islâm based on the principle of compassion. Allâh says,
“Verily, there has come unto you a Messenger (Muhammad (peace be upon him)) from amongst yourselves (i.e. whom you know well). It grieves him that you should receive any injury or difficulty. He (Muhammad (peace be upon him)) is anxious over you (to be rightly guided, to repent to Allâh, and beg Him to pardon and forgive your sins, in order that you may enter Paradise and be saved from the punishment of the Hell-fire); for the believers (he peace be upon him is) full of pity, kind, and merciful.” (At-Tawbah 9:128)
The Prophet would feel seriously hurt by whatever was harmful to his nation. He was never given an option to choose between two things except that he chose the easier as long as it was not forbidden. On many occasions he had said, “Had I not found it hard for my followers or the people, I would have ordered so and so or I would have done so and so.”Sometimes, he would want to prolong prayer and yet would shorten it when he heard the crying of a baby because he understood how upset his mother would be.
Brethren in faith! Compassion is a quality of manliness. Compassion is a quality that emanates from a merciful heart. It is a quality of the Prophets and a sign of perfect خmân and Islâm. Allâh says,
“Muhammad (peace be upon him) is the Messenger of Allâh. And those who are with him are severe against disbelievers, and merciful among themselves.” (Muhammad 48:29)
Usâmah bin Zayd said,
“We were with the Prophet when one of his daughters sent (a messenger) to the him requesting him to come as her child was dying (or was gasping), but the Prophet returned the messenger and told him to convey his greeting to her and say: "Whatever Allah takes is for Him and whatever He gives, is for Him, and everything with Him has a limited fixed term (in this world) and so she should be patient and hope for Allah's reward." She again sent for him, swearing that he should come. The Prophet got up, and so did Sad bin 'Ubada, Muadh bin Jabal, Ubai bin Ka'b, Zaid bin Thabit and some other men. The child was brought to Allah's Apostle while his breath was disturbed in his chest (the sub-narrator thinks that Usama added:) as if it was a leather water-skin. On that the eyes of the Prophet started shedding tears. Sad said, "O Allah's Apostle! What is this?" He replied, "It is mercy which Allah has lodged in the hearts of His slaves, and Allah is merciful only to those of His slaves who are merciful (to others).” (Al-Bukhârî and Muslim)
Compassion breeds love and affection among people. Compassion is a delight of the heart and the way to Paradise. The Messenger of Allâh said,
“People of Paradise are three: (1) a leader who is generous, spends in charity and is guided to the right course; (2) a man who is compassionate, kind to every relative and every Muslim and (3) a poor person who is virtuous and has dependants.” (Muslim)
Compassion softens the heart and leads man to be kind to even animals and birds. Abdullâh bin Mas‘ûd said,
“We were with the Messenger of Allâh on a journey. While he went to ease himself, we saw a redstart [1]with two chicks and we took them. The redstart then came, spreading out her wings. When the Messenger of Allâh arrived (and saw the bird) he said, “Who bereaved this with her children? Return her chicks back to her.” (Abû Dâwûd)
Abdullâh bin Ja‘far narrated that the Messenger of Allâh entered the compound of an Ansârî man. And there here was a camel there. When the camel saw the Prophet, it longed for him, groaned and shed tears. The Messenger of Allâh approached it and wiped off its tears and it became quiet. He then said,
“Who is the owner of this camel? ” Who is the owner of this camel?” A young Ansârî man came and said, “It is me O Messenger of Allâh!” The Prophet then said, “Won’t you fear Allâh as regards this animal which Allâh put under your possession? It complained to me that you starve it and overburden it.” (Abû Dâwûd)
This is the Prophet’s reaction to the maltreatment of animals. Imagine how he would have reacted to a person who harmed humans, usurped the rights of the poor and did not treat children and old people with compassion. The Prophet said,
“Allâh will show mercy to those who show mercy to people. Show mercy to those who are on the earth, the One Who is in the Heaven will show mercy to you.”
The Prophet also said,
“You see the believers as regards their being merciful among themselves and showing love among themselves and being kind, resembling one body, so that, if any part of the body is not well then the whole body shares the sleeplessness (insomnia) and fever with it.”
As for compassion that Islâm shows in the area legislations, that is a very long topic. All aspects of Islamic law are rather compassionate in their goals, means and applications. Fellow Muslims! This is the mercy with which the Messenger of Allâh was sent. Our religion is that of compassion in times of war and peace. It is a religion of kindness towards enemies and friends, animals and birds. It is a religion of compassion in worship, cooperation and judgment and in all aspects of its law.
Words are not enough to describe how compassionate the Prophet was. Compare this to the so-called civilizations that are being claimed and that are in the real sense devoid of compassion and justice. Compare it to civilizations that do not, in victory, respect any pact of kinship or covenant of protection with a believer and that strive through the land to cause corruption therein and destroy crops and animals. And Allâh does not like corruption.
The Prophet found excuse for his people though they wanted to kill him. He was compassionate to them though they were fighting him. He wanted guidance and happiness for them. In our age on the contrary, the so-called leaders of modern civilization, who have no regard for compassion, claim to be compassionate. They find excuses for aggression and concoct lies to justify wars, killings, destruction and corruption.
“And when it is said to them: "Make not mischief on the earth," they say: "We are only peace-makers." Verily! They are the ones who make mischief, but they perceive not.” (Al-Baqarah 2:11-12)
It is therefore an act of compassion to rein in these people. And to be severe with them is part of the mercy that Islâm spreads.
Brethren in faith! Man has not excelled above other creatures by his mere physical size or strength. There are other creatures that are greater than him in power and size. He only excelled by his heart, soul, intelligence and feelings. It is not a matter of pride that man should be stern and severe, but real pride lies in excellent characters and sublime dispositions. This is shown through qualities like gentleness, compassion, graciousness and kindness. Allâh says,
“And by the Mercy of Allâh, you dealt with them gently. And had you been severe and harsh-hearted, they would have broken away from about you; so pass over (their faults), and ask (Allâh's) Forgiveness for them; and consult them in the affairs.” (آl ‘Imrân 3:159)
Brethren in Islâm! Emulate the pure characters of your Prophet and hold fast onto the lofty principles of your religion.
Fellow Muslims! Compassion is a sign of humility. It also removes arrogance. Compassion means doing good to all, assisting the needy and being kind to the kith and kin. It also entails showing sympathy for the weak, the sick, the disabled and the orphans by making them happy. Compassion entails helping the wronged and reining in the devilish people. Compassion means feeling concerned about the affairs of fellow Muslims, sharing their pains and aspirations and coming to their aid. It also entails enjoining good, forbidding evil, and teaching the Muslims the goals of being compassionate. The Messenger of Allâh said,
“The example of me and you is like that of a man who kindled a fire. Grasshoppers and butterflies start falling into the fire and the man continue protecting them against it. I am holding you back from falling into the fire and you are slipping off my hand.” (Al-Bukhârî and Muslim)