Monday, February 21, 2011

La illah ila ALLAH by Mishary Rashid Al-Afasy ★NEW NASHEED★

Saturday, February 12, 2011

Syeikh Masyari Rashid al-Afasy

Sifat Mazmumah

Sifat mazmumah merupakan sifat yang sangat buruk dan tercela. Sebagai seorang Islam akhlak yang baik itu perlulah disematkan serta dijadikan pakaian dan selendang diri dalam kehidupan kita.

Sifat mazmumah atau sifat tercela ini menurut Iman Ghazali adalah seperti berikut:

1. Gemar makan dan minum

Terdapat hadis yang diriwayatkan dari Nabi SAW:


Maksudnya: " Yang terlebih afdal (utama) pada Allah itu ialah orang yang banyak berlapar dan banyak bertafakur (berfikir sambil meneliti). Dan yang terlebih benci kepada Allah itu ialah orang yang banyak makan, banyak tidur dan banyak minum."

Mereka yang selalu kekenyangan akibat gemar makan dan minum akan terhindar daripada melakukan ibadah kerana sentiasa terdorong untuk tidur dan beristirehat.

2. Banyak berkata-kata (Yang sia-sia)

Telah menjadi lumrah manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, yang boleh ditakrifkan sebagai bencana lisan ialah mengumpat, menghina, berdusta, dan bertengkar.

Firman Allah SWT


Maksudnya: " Tidak ada kebaikkan pada kebanyakkan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan daripada orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat makruf , atau mendamaikan antara manusia."


(Surah an-Nisaa': 114)

Sabda Nabi SAW


Maksudnya: " Sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, berkatalah yang baik atau diam
sahaja."


3. Marah


Sifat marah berpunca daripada kurangnya sifat sabar dalam menghadapi sebarang keadaan. Orang yang bersikap demikian selalunya terdorong oleh pengaruh syaitan yang ingin merosakkan iman dan dirinya. Sering kali orang yang pemarah ini mewarisi sifat sombong, bongkak, dan tidak boleh ditegur oleh orang dan lain-lain. Bagaimana pun Islam tidak melarang umatnya mempunyai sifat demikian dan mestilah sifat ini ditujukan pada keadaan yang tertentu sahaja.

Firman Allah SWT


Maksudnya: " Wahai Nabi, perangilah orang kafir dan orang munafik itu dan bersikap keraslah terhadap mereka."


(Surah al-Tahrim: 9)


4. Hasad Dengki dan Iri Hati


Sifat yang demikian ini lahir dari sifat manusia yang kurang senang dengan pencapaian yang dikecapi oleh orang lain lalu mengharapkan apa yang dimiliki oleh orang lain itu terhapus darinya.

Nabi SAW bersabda


Maksudnya: " Hasad itu memusnahkan kebajikan, sebagaimana api memakan (membakar) kayu."


Firman Allah SWT


Maksudnya: " Sekiranya kamu mendapat kebaikan, nescaya mereka akan berasa kurang senang, tetapi apabila kamu mendapat kecelakaan, mereka bersuka ria kerananya."


(Surah Ali 'Imran: 120)


Untuk mengelakkan perasaan hasad dengki dan iri hati, seseorang itu perlu mengamalkan sifat tawaduk(rendah diri), mengucapkan puji kepada Allah yang mengurniakan kebaikkan yang kita kecapi dan apa saja yang dikecapi oleh saudara seagama kita yang lain. Mudah- mudahan kita mendapat limpah kurnia dari Allah.


5. Kasih Pada Harta


Islam tidak pernah melarang umatnya mencari kekayaan. Akan tetapi kekayaan yang dikecapi itu akan membawa kepada sifat bongkak, bakhil, takbur, tamak dan sebagainya. Agama kita menuntut supaya umatnya yang kaya menunaikan tanggungjawab dalam membantu orang yang susah dengan mengeluarkan zakat, memberi sedekah serta menginfakkan harta kejalan Allah SWT.

Firman Allah SWT


Maksudnya: " Hai orang yang beriman, janganlah kamu dilalaikan dengan harta kekayaan kamu dan anak pinakmu daripada mengingati Allah. Sesiapa berbuat demikian, maka tergolonglah mereka dikalangan orang yang rugi." 


(Surah al- Munafiqun: 9)


6. Takbur


Firman Allah SWT

Maksudnya: " Apabila dikatakan padanya: " Takutilah Allah," lalu ia dipengaruhi dengan kemegahan (takbur) yang membawanya kepada dosa, cukuplah neraka Jahannam (sebagai balasannya)."

(Surah al- Baqarah: 206)

Banyak keadaan dan situasi yang boleh membawa seseorang itu kepada sifat takbur, bongkak, sombong dan sebagainya. Sebagai contoh adalah disebabkan oleh nasab keturunan, pangkat dan harta kekayaan, kecantikkan, kelebihan ilmu, kuasa pemerintahan dan sebagainya.

Cara menghindari sifat takbur ialah:

  • Mengamalkan sifat tawaduk ketika berhadapan dengan orang ramai dan dalam apa jua situasi sekalipun
  • Belajar menerima dan mendengar pandangan orang lain (perkara yang baik)
7. Riya'

Riya' adalah sifat untuk menarik pandangan orang dengan menampakkan amalan baik yang dilakukan semata-mata untuk mendapat pujian, pangkat atau kedudukan. 

Ada 2(dua) jenis riya':
  • Riya' yang nyata iaitu menunjuk-nunjuk amal ibadat yang dilakukan
  • Riya' yang tersembunyi iaitu hati berasa berat untuk melakukan ibadat apabila berseorangan tetapi akan melakukannya apabila ada orang yang menyaksikannya.
Sabda Nabi SAW

Maksudnya: " Serendah-rendah riya' adalah syirik."

Jauhilah sifat riya' dan cuba latih diri kita agar merahsiakan amalan kebaikan dan ibadat yang dilakukan. Biar kita dan Allah sahaja yang mengetahuinya.

Perkara yang boleh mendatangkan riya' ialah mempertontonkan keindahan:
  • tubuh badan
  • pakaian
  • ucapan
  • perlakuan
8. Ujub

Sifat ini berkait rapat dengan takbur dan riya'. Ujub ini ialah berasa hairan dengan kelebihan yang ada pada diri sendiri. Ini berkait juga dengan kecantikan, kemewahan dan sebagainya. 

" Sifat ujub ini dapat diatasi dengan sentiasa memikirkan tiada apa yang kekal di dunia ini."

Setiap sifat boleh ditimpa dengan keuzuran dan kesakitan pada suatu hari nanti. Darjat, pangkat, kemewahan harta tidak akan dinilai oleh Allah selain takwa. Sentiasalah kita muhasabah diri dan menilai diri kita sebelum kita dinilai oleh Allah pada hari pembalasan nanti. Semoga diri kita dipenuhi dengan sifat yang murni dan bebas dari sifat tercela, Amin...

9. Kasih akan Dunia

Hati yang berpaut pada kehidupan dan kesenangan duniawi akan menyebabkan seseorang itu takutkan mati. Sedangkan orang yang beriman senantiasa merindui mati kerana mati adalah satu-satunya jalan untuk mereka kembali menenui Allah, Yang Maha Pencipta. 

Firman Allah SWT

Maksudnya: " Ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia adalah permainan, senda gurau, perhiasan, bermegah-megah antara kamu dan berlumba-lumba dalam mengumpul harta kekayaan dan anak pinak."

Dunia ini adalah tempat persinggahan sementara manusia. Disinilah mereka akan diuji oleh Allah dengan pelbagai ujian nikmat dan malapetaka bagi melihat siapa diantara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhir. Sekiranya seseorang itu sedar hakikat kejadian dirinya dan mengenali rahsia dirinya maka sudah pasti dunia ini tiada erti baginya melainkan akhiratlah tujuan dan destinasinya yang bakal ditujui. Cinta pada dunia akan serta merta terhapus pada dirinya.

(Surah al-Hadid: 20)

Wednesday, February 2, 2011

Insha Allah-Maher Zain-Malay Version



Andainya....
Kau rasa tak berupaya,
Hidup sendirian tiada pembela,
Segalanya suram bagai malam yang kelam,
Tiada bantuan tiada tujuan,
Janganlah berputus asa,
Kerana Allah bersamamu...

InshaAllah (3x)
Ada jalannya....

Andainya....
Dosamu berulang lagi,
Bagai tiada ruang untuk kembali,
Tika keliru atas kesilapan lalu,
Membelenggu hati dan fikiranmu...
Janganlah berputus asa,
Kerana Allah bersamamu.....

InshaAllah (3x)
Ada jalannya....

Kembalilah...
Kepada yang Esa,
Yakin pada-Nya panjatkanlah doa,
Oooo ya Allah,
Pimpinlah daku dari tersasar,
Tunjukkan daku ke jalan yang benar,
Jalan yang benar,
Jalan yang benar,
Jalan yang benar....

(ulang chorus)