Friday, May 6, 2011

pesanan nabi sebelum tidur...1 mnit shj..

by Syuhada Az-Zinnirah on Tuesday, May 3, 2011 at 12:29am


 Sekadar ingat mengingati.. ...        

SEBELUM Tidur   Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )   Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur   sebelum melakukan empat perkara, yaitu : ... 
1. Sebelum khatam Al Qur'an,  
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,  
3. Sebelum para muslim meridloi kamu,  
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....  

"Bertanya Aisyah :   "Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara   seketika?"   Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas   tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.   Bismillaahirrohmaan irrohiim,   Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam   yakul   lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )   Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua   akan memberi syafaat di hari kiamat.   Bismillaahirrohmaan irrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa   Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )   Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu.   Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum   wa atuubu ilaih ( 3 x )   Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka   seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"   Bismillaahirrohmaan irrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi   walaailaaha   illalloohu alloohu akbar(3 x )   Sekian untuk ingatan kita bersama.  

* Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang lain.Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orag yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Monday, May 2, 2011

D' Arab Cafe Puchong Utama

D' arab cafe

14G, JLN PU 7/2

PUSAT BANDAR PUCHONG UTAMA
47140 PUCHONG,  SELANGOR







                                                                   
                                                                  
MENU D' ARAB CAFE PUCHONG UTAMA






                                                                   

                                                                   
                                                                   




D' ARAB CAFÉ – MENU GALLÉRIE
BIG IS BEAUTIFUL



                                                   
















Restoran D' Arab Cafe menyajikan juadah makanan arab yang sudah pasti mengamit selera pengunjung yang datang ke restoran ini... Restoran yang menyajikan makanan halal lagi baik ini sudah pasti membuka selera disamping suasana yang tenang dan mendamaikan dengan bermacam-macam minuman yang menyegarkan. 


Sila ooo Sila.......





Sunday, May 1, 2011

Sunday, April 24, 2011

Menghadap Kiblat

Allah swt berfirman yang bermaksud : " Dan dari mana sahaja kamu keluar(datang), maka palingkanlah wajahmu ke arah Masjidilharam, sesungguhnya ketentuan itu benar-benar sesuatu yang hak daripada Tuhanmu. Dan Allah sekali-kali tidak lengah daripada apa yang kamu kerjakan." (Surah Al-Baqarah 2:149)

Ayat di atas menerangkan arahan Allah swt agar menghadap wajah ke arah kiblat ketika solat sama ada ketika bermukim mahupun sedang bermusafir. Wajah dalam ayat di atas bermaksud muka dan tubuh, mata atau dada. Sekiranya dalam keadaan musafir, terlampau sejuk(seperti ribut salji atau angin sejuk untuk berhadapan dengan kiblat), terikat, bahaya dan darurat-darurat lain, maka solat tetap sah jika tidak mampu menghadap kiblat.

Kiblat Ketika Musafir

Hukum dalam keadaan ini dibahagikan kepada dua keadaan:

1. Solat Sunat


     Para ulama telah ijmak bahawa dibenarkan untuk menghadap ke hadapan sahaja jika ia berada di atas kenderaan dalam musafir yang panjang. Maka dibenarkan juga menunaikan solat ini secara isyarat sahaja, sujud hendaklah lebih rendah daripada rukuk.

     Ia berdalilkan kepada hadis tentang Baginda saw yang hanya menurut mana-mana arah perjalanan kenderaan apabila telah memulakan perjalanan. Terdapat hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim yang menyebut keadaan demikian. Tetapi Nabi saw hanya solat di atas kenderaan hanya untuk solat sunat sahaja.

2. Solat Fardu

    Tidak dibenarkan solat atas kenderaan menurut mazhab as-Syafi'e kecuali dalam keadaan yang tersangat berbahaya dan diberi keringanan jika berada di atas kapal. Ini kerana Nabi saw turun dari kenderaan apabila ingin menunaikan solat fardu sebagaimana hadis Nabi saw yang bermaksud : " Nabi saw menunaikan solat di atas kenderaan menurut mana-mana arah yang ada di dalamnya dan apabila ingin menunaikan solat fardu, Baginda turun dan menghadap kiblat."
(Riwayat al-Bukhari)

Friday, April 22, 2011

Dimanakah Kau Wahai Malu

“woih, junior kita ke ni? Seksi gila..”
“Biar betul budak ni, Teruknya!”
Perkataan – perkataan ini menggamatkan suasana seketika, tatkala kecoh apabila seorang junior perempuan telah mengupload gambar – gambarnya ke dalam facebooknya.
Saya juga turut melihat. Masyaallah, memang ia cukup teruk sekali. Tidak bertudung dan hanya bersinglet. Apakah ini?
Dimanakah nilai kamu sebagai seorang muslimah wahai junior?
Apakah kamu bermaruah? Dimana taraf kamu sebagai bakal pendidik?
Kamu tidak malukah?

Wanita itu perlu malu
Seorang muslimah yang patuh kepada perintah Allah dan RasulNya tidak akan menggadaikan maruah diri semata-mata mahu nampak moden dan mengikut perkembangan semasa. Wanita wajib malu mendedahkan diri mereka kepada lelaki yang boleh dikahwini dan ditengah-tengah masyarakatnya. Malu seorang wanita itu datang daripada sifat malu kerana takutkan Allah.
Dalam Islam, sifat malu ditekankan pada setiap umatnya tidak kira sama ada wanita atau lelaki. Namun, wanita Muslimah ditekankan aspek menjaga maruah dan memiliki sifat malu memandangkan wanita merupakan golongan yang lemah, mempunyai 9 nafsu yang pelbagai serta dikatakan paling ramai menghuni neraka.Tentang hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas dan Imran serta selain kedua-duanya)
Kalian tidak takutkah ancaman azab Allah wahai wanita?

Kalian telah berlaku zalim!
Ya, saya mengatakan kalian zalim
Saya tidak akan mengatakan kalian zalim jika kalian sendiri ingin menjadi bahan api neraka. Itu hak kamu jika kamu tidak mahu mendengar nasihat. ( Tetapi itu zalim juga, zalim kepada diri sendiri )
Tetapi,
Tahukah wahai wanita sekalian bahawa Allah telah memberi amanah  kepada bapa, abang datuk dan bapa saudara kalian untuk memelihara kehormatan kalian?
Adakah kamu sanggup melempar bapa kamu ke dalam neraka lantaran sifat kamu?
Kamu juga zalim kepada Islam, kerana kamu telah mencalarkan imej Islam.
Kamu juga telah zalim kepada bakal suami kamu, kamu telah mendedahkan bahagian tubuh kamu kepada yang tidak berhak.
Kamu juga telah menzalimi lelaki lain yang bukan mahram melihat aurat kamu, dengan menyebabkan mereka berdosa.
Ingatlah, setiap lelaki yang memandang aurat kamu akan mendapat dosa, tetapi kamu pula akan menanggung dosa setiap lelaki yang memandang kamu!

Kroniknya masalah ini
Kroniknya masalah ini, kerana ia merosakkan kepercayaan masyarakat kepada Islam dan institusi pendidikan. Mungkin orang lain melihatnya sebagai perkara biasa, tetapi saya tidak
Tetapi, atas sikap kita sendiri, manusia-manusia mula hilang hormat kepada warga pendidik. Tetapi saya lebih melihat perkara ini sebagai masalah ummah
“Orang Islam pun pakai seksi”
“Cikgu muslimah pun tak jaga aurat”
Dan manusia-manusia yang berusaha menjatuhkan Islam akan menggunakan hal ini sebagai satu ruang untuk memburuk-burukkan Islam.
Formula di dalam kepala manusia mudah.
Orang Islam = Islam itu sendiri. Apa-apa sahaja orang Islam itu lakukan, maka mereka akan merasakan bahawa itu adalah apa yang Islam ajarkan, lebih – lebih lagi imej yang dibawa oleh warga pendidik.

Penutup : Saya sudah menegur, terpulanglah
Malu adalah lambang iman yang akan membawa seseorang ke syurga.

“Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya”
 (Riwayat Bukhari)
Pemalu bukan sahaja memperlihatkan kemanisan akhlak dan ketinggian akidah seseorang wanita. Malah, memelihara diri wanita itu sendiri daripada kehinaan dan kemusnahan peribadi secara beransur-ansur.  Ingatlah kita ini diperhatikan hakikatnya. Diperhatikan oleh Allah dan para malaikat untuk dinilai buat tuaian ladang akhirat. Diperhatikan oleh manusia juga untuk dicontohi. Diperhatikan juga musuh untuk dipergunakan.
Seorang pujangga mengatakan, “hidupnya wajah berkat malu, sebagaimana tanaman berkat air”
Malu adalah kunci segala kebaikan, maka tanamlah sifat malu supaya kita menjadi manusia yang lebih berintegriti.


Sumber: Dimanakah Kau Wahai MALU? | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/renungan/dimanakah-kau-wahai-malu/#ixzz1KJecDG7v

Thursday, April 21, 2011

Keutamaan Cinta Kerana Allah swt

" Daripada Abu Muslim al-Khaulani daripada Mu'az bin Jabal r.a, ia berkata: " Aku mendengar Rasulullah saw menceritakan daripada Tuhannya dengan sabdanya: "Orang yang bercinta kerana Allah berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungan-Nya."

Abu Muslim menyambung: " Kemudian aku keluar hingga bertemu Ubadah bin al-Samit, lalu aku menyebutkan kepadanya hadis Mu'az bin Jabal, maka ia menyatakan:

" Aku mendengar Rasulullah saw menceritakan daripada Tuhannya yang berfirman: " Cinta-Ku berhak untuk orang yang bercinta kerana-Ku, cinta-Ku berhak untuk orang yang saling tolong-menolong kerana-Ku dan cinta-Ku berhak untuk orang yang saling berkunjung kerana-Ku." Orang yang bercinta kerana Allah berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungan-Nya."

                                                                                                                                       (Riwayat Ahmad)

Saturday, April 16, 2011

10 Pesanan Rasulullah..

by Usrah Ikhwan Online on Sunday, 14 November 2010 at 12:49
10 PESAN RASULULLAH SAW

Ada sepuluh pesan Rasulullah saaw yang mengajarkan kita praktis mengusir iblis dan bala tentaranya jika menyerang kita dengan rayuan-rayuan yang menyebabkan kita terjerumus kedalam jurang kehinaan tanpa kita sadari dengan memanfaatkan titik kelemahan kita . Mari kita memperhatikan pesan-pesan kenabian tersebut yang tertuang dalam bentuk dialog antara manusia dan syaitan ;


1. Jika ia datang kepadamu dan berkata : "Anakmu mati". Katakan kepadanya: "Sesengguhnya mahluk hidup diciptakan untuk mati, dan penggalan dariku (putraku) akan masuk surga. Dan hal itu membuatku gembira".


2.Jika ia datang kepadamu dan berkata : "Hartamu musnah".Katakan kepadanya: "Segala puji bagi Allah Zat Yang Maha Memberi dan Mengambil, dan menggugurkan atasku kewajiban zakat".


3. Jika ia datang kepadamu dan berkata : "Orang-orang menzalimimu sedangkan kamu tidak menzalimi seorang pun".Maka, katakan kepadanya :"Siksaan akan menimpa orang-orang yang berbuat zalim dan tidak menimpa orang-orang yang berbuat kebajikan ( Mukhsinin)".


4. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :"Betapa banyak kebaikanmu", dengan tujuan menjerumuskan untuk bangga diri (Ujub). Maka ia katakan kepadanya :"Kejelekan-kejelekanku jauh lebih banyak dari pada kebaikanku".


5. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :"Alangkah banyaknya shalatmu". Maka katakan :"Kelalaianku lebih banyak dibanding shalatku".


6. Dan jika ia datang dan berkata :"Betapa banyak kamu bersedekah kepada orang-orang". Maka katakan kepadanya :"Apa yang saya terima dari Allah jauh lebih banyak dari yang saya sedekahkan".


7. Dan jika ia berkata kepadamu :"Betapa banyak orang yang menzalimimu". Maka katakan kepadanya :"Orang-orang yang kuzalimi lebih banyak".


8. Dan jika ia berkata kepadamu :"Betapa banyak amalmu". Maka katakan :"Betapa seringnya aku bermaksiat".


9. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :"Minumlah minum-minuman keras!" Maka katakan :"Saya tidak akan mengerjakan maksiat".


10. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :"Mengapa kamu tidak mencintai dunia ?" Maka katakan :"Aku tidak mencintainya dan telah banyak orang lain yang tertipu olehnya".