Kelebihan membaca Al-Quran:
1. 1. Ibadah yang paling utama dari segi bacaan.
2. 2. Pahala membaca satu huruf daripada Al-Quran: Menurut Ibn Majah digandakan hingga 400 kali ganda dan Ibn al-Jauzi pula berpendapat digandakan sebanyak 700 kali ganda.
3. 3. Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga, juga dikatakan balasan sebatang pokok di syurga.
4. 4. Mengikut Ibn Abbas r.a , pembaca Al-Quran ialah seorang hartawan dan pahala membaca tidak akan putus.
5. 5. Selamat dari api neraka, mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama malaikat.
6. 6. Pada hari kiamat, Al-Quran menjadi pembela.
7. 7. Pembaca akan memperolehi keamanan di dunia dan kemuliaan di syurga.
8. 8. Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat.
9. 9. Pembaca akan dimasukkan ke dalam golongan Siddiqin, Syuhada, dan Solehin.
10 10. Membaca Al-Quran secara kumpulan akan diampunkan dosa mereka.
11 11. Mendapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh malaikat di langit.
12 12. Jika dibaca di dalam rumah, akan memberi cahaya kepada rumah itu.
13 13. Membaca secara tadarus(bergilir-gilir) mendapat ketenangan, rahmat dan dikelilingi oleh malaikat.
14 14. Pembaca yang mahir dan baik diutamakan menjadi imam solat.
15 15. Seutama-utama manusia ialah yang mempelajari, mengajar, dan menghayati ajaran al-Quran.
16 16. Mempelajari satu ayat al-Quran lebih baik daripada solat sunat 1000 rakaat.
17 17. Mempelajari dan membaca mendapat keberkatan dan keharmonian hidup.
18 18. Mendapat perlindungan di padang mahsyar nanti.
19 19. Pembaca akan dilindungi daripada godaan syaitan.
Masa yang diutamakan membaca al-Quran.
i. Pada waktu tengah malam sehingga fajar adalah paling utama.
ii. Antara Maghrib dan Isyak.
iii. Sesudah solat subuh.
Analogi Tingkatan Pembacaan Al-Quran Setiap Malam
· Jutawan: 300-1000 ayat
· Jayawan: 200-299 ayat
· Setiawan: 100-199 ayat
· Pemelihara: 50-99 ayat
· Pengingat: 10-49 ayat
Pelalai: 0-9 ayat.
No comments:
Post a Comment