Thursday, April 21, 2011

Keutamaan Cinta Kerana Allah swt

" Daripada Abu Muslim al-Khaulani daripada Mu'az bin Jabal r.a, ia berkata: " Aku mendengar Rasulullah saw menceritakan daripada Tuhannya dengan sabdanya: "Orang yang bercinta kerana Allah berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungan-Nya."

Abu Muslim menyambung: " Kemudian aku keluar hingga bertemu Ubadah bin al-Samit, lalu aku menyebutkan kepadanya hadis Mu'az bin Jabal, maka ia menyatakan:

" Aku mendengar Rasulullah saw menceritakan daripada Tuhannya yang berfirman: " Cinta-Ku berhak untuk orang yang bercinta kerana-Ku, cinta-Ku berhak untuk orang yang saling tolong-menolong kerana-Ku dan cinta-Ku berhak untuk orang yang saling berkunjung kerana-Ku." Orang yang bercinta kerana Allah berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungan-Nya."

                                                                                                                                       (Riwayat Ahmad)

No comments:

Post a Comment