Wednesday, January 19, 2011

Doa







Nu'man Ibn Basyir meriwayatkan dari Rasullullah SAW: " Doa itu ialah ibadah".


Firman Allah SWT:


Maksudnya: Dan tuhan kamu berfirman: " Berdoalah, nescaya Aku(Allah) perkenankan untukmu."
(Surah al-Ghafir: 60)


Syarat-Syarat



  1. Dalam keadaan berwuduk
  2. Dalam keadaan menutup aurat
  3. Menghadap ke arah kiblat
  4. Dalam keadaan khusyuk dan tawaduk
  5. Tidak tergesa-gesa
  6. Dimulai dengan memuji kebesaran Allah SWT
  7. Kemudian berselawat kepada junjungan Nabi SAW
  8. Membaca doa dengan penuh harapan semoga doa itu diperkenankan
  9. Diakhiri dengan selawat dan salam
  10. Adalah lebih baik sekiranya kita memahami doa yang dibaca
Syarat Doa Dimakbulkan

  1. Menjaga makanan dan minuman supaya tidak terlibat dengan yang haram mahupun yang syubhah
  2. Harta yang diperolehi mestilah jelas halal dan punca perolehannya
  3. Tidak melakukan perbuatan maksiat
  4. Hindarkan fikiran dari perkara yang tidak baik
Waktu Yang Baik Untuk Berdoa

  1. Pada malam Al-Qadar(sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan)
  2. Pada hari Arafah(9 Zulhijjah ketika jemaah haji berwukuf di padang Arafah)
  3. Pada bulan Ramadhan
  4. Pada malam Jumaat
  5. Pada hari Jumaat
  6. Waktu berjumaat, lebih-lebih lagi ketika imam duduk di mimbar sampai imam mengucapkan salam
  7. Pada tengah malam
  8. Seperdua malam yang kedua(selepas 12 tengah malam)
  9. Sepertiga malam yang pertama(pukul 6 hingga 10 malam)
  10. Sepertiga malam terakhir(selepas pukul 2 pagi)
  11. Pada waktu sahur
  12. Sesudah berwuduk
  13. Ketika muazzim azan untuk solat
  14. Antara azan dan iqamat
  15. Ketika orang mengucapkan iqamat
  16. Ketika berbaris(jalan bersama) menuju medan perang sabil
  17. Dalam pertempuran di medan perang
  18. Pada akhir setiap solat fardu
  19. Pada waktu sedang sujud(dalam solat atau diluar solat)
  20. Ketika sedang membaca Al-Quran
  21. Setelah tamat membaca al-Quran
  22. Ketika meminum air zam-zam
  23. Pada waktu ayam jantan berkokok(pada waktu pagi)
  24. Pada saat berkumpulnya kaum muslimin kerana agama
  25. Pada waktu berkumpul untuk berzikir(sama ada berkumpul untuk berzikir, membaca al-Quran, menghadiri majlis ilmu dan sebagainya.)
  26. Ketika menutup mata orang yang telah mati
  27. Pada waktu hujan turun 
Sebab Doa Tidak Diterima
  1. Mengenali Allah, tetapi tidak melakukan segala suruhan-Nya
  2. Mengatakan cinta kepada Rasul Allah, tetapi meninggalkan suruhannya
  3. Membaca Al-Quran tetapi tidak beramal dengannya
  4. Makan nikmat Allah, tetapi tidak bersyukur pada-Nya
  5. Mengatakan syaitan musuhnya tetapi tidak menentangnya
  6. Mengatakan syurga itu benar, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya
  7. Mengatakan neraka itu benar tetapi tidak cuba lari darinya
  8. Mengatakan mati itu benar tetapi tidak bersedia menghadapinya
  9. Bangun daripada tidur lalu menceritakan segala keaiban manusia tetapi melupakan keaiban diri sendiri
  10. Mengebumikan mayat tetapi tidak mengambil iktibar darinya.
Sama-samalah kita berusaha dengan lebih baik dalam menjadikan doa kita diterima oleh Allah..hanya kepada-Nya kita sembah dan kepada-Nya juga kita meminta pertolongan. Mudah-mudahan segala hajat dan doa kita akan lebih baik dan diterima oleh Allah. InsyaAllah 

No comments:

Post a Comment