Ketinggian Ihsan
Ketika mana Nabi SAW menerima hakikat iman dan Islam dari Allah SWT melalui perantaraan malaikat Jibril , Baginda juga diberi kefahaman tentang hakikat ihsan yang menjadi tunjang kepada ahklah yang baik.
Ihsan dari segi bahasa ialah membuat sesuatu yangg baik manakala dari segi istilah syarak pula membawa maksud peribadatan insan terhadap Allah seolah-olah dia melihat Allah. Seandainya dia tidak melihat Allah, maka yakinlah bahawa Allah melihat dirinya, peribadatannya dan isi hatinya. "Ihsan" boleh diumpamakan dalam kehidupan ini sebagai seseorang yang yang melakukan gerak kerja harian dan merasakan seolah-olah ada sahaja pihak yang mengintainya, untuk melihat dia bekerja.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
" Jika kamu berbuat kebaikkan, kebaikkan ynag dilakukan itu akan kembali kepada dirimu juga. Dan jika kamu berbuat kejahatan maka kembali juga kepada kamu."
(Surah al-Isra': 7)
Begitulah tingginya ihsan itu disisi Islam yang mana kita selaku umat Islam harus memilikinya. Menyuruh kepada kebaikkan dan mencegah kepada kejahatan maka dia adalah orang yang berbahagia.
Pernah berlaku di zaman Saidina Umar ketika beliau keluar malam membuat rondaan di waktu malam. Dia terdengar perbualan seorang anak perempuan dengan ibunya tentang kuantiti susu yang perlu dimasukkan kedalam botol. Ibunya menyuruh anak perempuannya memasukkan sedikit susu dan lebihkan air tetapi anaknya enggan dengan mengatakan walaupun orang tak nampak akan perbuatan itu tetapi Allah tetap melihat.
Kisah ini menunjukkan betapa tinggi dan perlunya sikap ihsan ini dalam apa jua situasi yang kita hadapi.
Sifat Mahmudah
Rasullullah SAW diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Aisyah r.a ketika ditanya padanya tentang akhlah Nabi SAW maka dia menjawab :" Rasullullah SAW mempunyai budi pekerti al-Quran." Diriwayatkan daripada Rasullullah yang maksudnya: " Agama itu ialah kemuliaan budi pekerti.".
Risalah Islam bermatlamatkan akhlak mulia dan terpuji. Akhlak yang mulia merupakan tanda iman yang sebenar. Manakala Islam pula meletakkan akhlak sebagai intipati segala ibadat. Apabila membicarakan berkenaan dengan akhlak ianya terbahagi kepada dua iaitu sifat mahmudah dan mazmumah. Perkara ini telah pun dikupas secara terperinci di dalam Hujjatul Islam tulisan Iman Ghazali di dalam kitab utamanya iaitu Hidayatus Salikin.
Sifat-Sifat Mahmudah Menurut Imam Ghazali
- Taubat
- Takut kepada Allah SWT
- Kasih kepada Allah SWT
- Zuhud
- Sabar
- Syukur
- Ikhlas dan benar
- Tawakal
- Redha dengan qada' Allah SWT
- Mengingati mati
Keazaman untuk meninggalkan segala kesalahan dan dosa-dosa besar melalui jalan ilmu, penyesalan dan niat untuk tidak mengulanginya.
Firman Allah SWT:
Maksudnya: "dan bertaubatlah kamu kepada Allah wahai sekalian orang mukmin, semoga kamu mendapat kemenangan."
(Surah an-Nur:31)
Hukum Dosa kecil
Akan terhapus dengan memperbanyakkan zikir, istighfar, tahmid dan berwuduk
2. Takut Kepada Allah SWT
Apabila seseorang muslim itu mengenali Dzat Allah melalui sifatnya maka akan timbul rasa takut kepada Allah.
Firman Allah:
Maksudnya: " Sesungguhnya orang yang paling takut kepada Allah ialah hamba-hambanya yang berilmu(ulama')."
(Surah al-Fatir: 28)
Dengan adanya perasaan takut ini akan menyebabkan seseorang itu meningkatkan amal ibadat kepada Allah dan meninggalkan segala bentuk larangan Allah.
3. Mahabbah
Kasih kepada Allah dipuji oleh syarak dan dimuliakan oleh Rasullullah SAW
Firman Allah:
Maksudnya: " Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Surah Ali Imran: 31)
Mencintai Allah dan Rasul lebih dari segala-galanya dapat melahirkan jiwa yang benar-benar beriman dan sanggup berjihad demi agama.
4. Zuhud
Merupakan corak kehidupan insan mukmin yang mengekang jiwa daripada segala bentuk kesenangan dunia sambil berusaha meninggalkan perkara yang tidak baik.
Tanda-Tanda Zuhud
- Tidak terlalu gembira apabila mendapat sesuatu dan tidak terlalu sedih apabila kehilangan sesuatu
- Sentiasa memandang sama kepada orang yang memuji dan mencela
- Sentiasa berasa tenang ketika beribadat dan hati sentiasa terdorong untuk melakukan ketaatan.
Firman Allah:
Maksudnya: " Dan Kami(Allah) akan memberikan balasan kepada orang yang bersabar itu pahala, menurut apa yang telah mereka kerjakan dengan sebaik-baiknya."
(Surah al-Nahl: 96)
Sabar ini susah untuk diamalkan melainkan mereka yang kuat imannya seperti sabar dalam melakukan ketaatan. Sebagai contoh sabar dalam solat, mengeluarkan zakat, berpuasa dan sebagainya. Sabar juga dapat menjauhkan diri daripada sifat sombong, mengumpat, bercakap yang sia-sia dan sebagainya. Bersabar terhadap perkara seperti musibah, kemalangan dan sakit juga adalah sesuatu sifat yang mulia.
6. Syukur
Firman Allah:
Maksudnya: "Maka ingatilah Aku, nescaya Aku akan mengingatimu, dan syukuri nikmat-Ku dan jangan sesekali kamu kufur."
(Surah al-Baqarah: 152)
Firman Allah lagi:
Maksudnya: " Dan (ingatlah) takkala tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya, jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras."
(Surah Ibrahim: 7)
Syukur itu meliputi ilmu,amalan dan suasana. Ilmu dapat mengenal Allah melalui nikmat-Nya, amalan pula adalah dengan melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh Allah, dan suasana menimbulkan kegembiraan atas nikmat yang dimiliki.
7. Ikhlas dan Benar
Mereka yang membersihkan amalannya dinamakan orang yang ikhlas. Untuk mencapai tahap ini amat dituntut untuk mematahkan dorongan hawa nafsu dan kasihkan dunia. Amalan yang ikhlas dan suci dalam perbuatan, tutur kata dan ibadat akan mendekatkan diri dengan Allah.
Firman Allah:
Maksudnya: " Kecuali orang yang bertaubat, membuat kebaikkan dan berpegang teguh kepada Allah serta mengikhlaskan agamanya kerana Allah."
(Surah an-Nisa': 146)
Hakikat Benar
- Benar dalam menepati janji
- Benar dalam perkataan
- Benar dalam niat dan kehendak
- Benar dalam keazaman
- Benar dalam amalan
Maksudnya: " Sesungguhnya kebenaran itu menbawa kepada kebajikan dan kebajikan itu membawa ke syurga."
8. Tawakal
Meletakkan kebergantungan hanya kepada Allah setelah berazam dan diikuti dengan usaha.
Allah SWT berfirman:
Maksudnya: " Apabila kamu berazam, maka bertawakallah kepada Allah."
(Surah Ali Imran: 159)
Firman Allah lagi yang bermaksud:
" Orang (yang metaati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada yang mengatakan: " Sesungguhnya orang (Quraisy) telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka", Maka perkataan itu menambahkan keimanan mereka dan mereka menjawab: "Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung."
(Surah Ali Imran: 173)
9. Redha dengan Qada' Allah SWT
Setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita sama ada baik atau pun buruk maka hendaklah diterima dengan hati yang tenang dan sabar serta tidak ada keluh kesah atau penyesalan darinya. Bukan menjadi sesuatu yang mudah untuk mencapai tahap maqam yang sebegini tinggi. Namun dengan didikan rohani yang bersungguh-sungguh sifat murni ini akan dimiliki.
Firman Allah SWT:
Maksudnya: "Allah telah redha akan mereka, dan mereka pula redha dengan Allah, itulah sifat orang yang takut akan Tuhannya."
(Surah al-Bayyinah: 8)
10. Mengingati Mati
Hadis Nabi SAW yang bermaksud:
" Sepintar-pintar manusia ialah orang yang mengingati mati dan sentiasa bersedia menghadapinya, mereka itulah orang yang bijaksana."
Firman Allah SWT:
Maksudnya: " Katakanlah bahawasanaya maut yang kamu sekalian ingin lari daripadanya itu pasti mendatangi kamu, kemudian kamu sekalian akan dikembalikan kepada Dzat yang Maha Mengetahui segala yang ghaib serta yang nyata. Kelak dia akan memberitahu kamu segala yang telah kamu lakukan."
(Surah al-Jumu'ah: 8)
Dengan mengingati mati sebagai penyudah kepada kehidupan maka individu muslimin dan muslimah akan sentiasa melakukan perkara kebaikkan dan meninggalkan tegahan Allah.
Semoga apa yang disampaikan ini dapatlah diri saya bersama dengan pembaca sekalian mempraktikkannya dalam kehidupan kita mudah-mudahan menjadi insan yang beriman dan bertaqwa kepada Allah dan melakukan amal kebaktian kepada seluruh masyarakat. Semoga kita disayangi oleh seluruh makhluk dilangit dan dibumi, Insyaallah.
Ikuti sambungan berikutnya tentang sifat mazmumah pada masa akan datang, Insyaallah.
singgah sini
ReplyDeleteAssalamualaikum.. sy rasa blog post ni patut d letak kat tgh sbb gambar shin chan yg besar tu sangat2 mnghalang utk pmbaca mmbaca..
ReplyDelete