Tuesday, January 18, 2011

Akikah dan Bercukur Rambut

Artikel kali adalah sambungan dari syariat kelahiran

Akikah

Amalan menamakan bayi yang baru dilahirkan ini dilakukan selaras dengan akikah dan juga bercukur. Akikah dari segi makna ialah memutus manakala dari segi istilah pula ialah menyembelih haiwan al- an'am atau haiwan ternakan seperti lembu, kambing dan sebagainya(berkaki empat) buat anak yang baru lahir khususnya pada hari ketujuh kelahirannya atau selewat-lewatnya sebelum anak tersebut baligh.

Imam Bukhari meriwayatkan dari Salman bin Amir al-Dhabi r.a katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Bersama bayi itu akikahnya, maka tumpahkanlah darah untuknya dan tinggalkan daripadanya perkara yang menyakitkan (iaitu kekotoran dan najis)."


Ada juga hadis lain yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan selainnya dari Samrah r.a katanya. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Bayi itu tergadai olehnya akikah, disembelihkan ia pada hari ketujuh, hari itu diberikan nama dan dicukur kepalanya". 


Syarat-syarat Akikah


  1. Umur binatang sembelihan
  • Unta berumur 5 tahun lebih
  • Lembu/kerbau berumur 2 tahun lebih
  • Kambing berumur 2 tahun atau telah bersalin gigi. 
  • Kibas berumur 1 tahun atau telah bersalin gigi.
    2. Binatang sembelihan sihat dan tidak cacat

    3. Daging akikah dipotong mengikut sendinya dengan tidak memecahkan tulangnya sesuai dengan tujuan        akikah sebagai "Fida" (  mempertalikan ikatan antara anak dengan Allah)

    4. Disembelih atas nama anak yang dilahirkan

    5. Tidak boleh berkongsi misalnya beberapa orang berkongsi seekor kambing untuk mengakikahkan anak mereka

    6. Sebaik-baiknya berakikah dengan kambing tetapi boleh juga akikah dengan haiwan lain seperti lembu, kerbau, unta dan sebagainya.

Daging akikah tadi adalah sunat dibuat jamuan untuk ahli keluarga, jiran tetangga, dan saudara mara terdekat.

" Sembelihan binatang itu atas nama anak yang dilahirkan dan ucapkanlah; " Dengan nama Allah, ya Allah, bagi- Mu dan kepada- Mu kupersembahkan akikah si Fulan atau Si Fulanah ini". (Hadis riwayat al- Baihaqi)

Amalan Bercukur Rambut

Hikmah disebalik bercukur ini adalah untuk membuang selaput dikepala, meningkatkan tahap kesihatan anak, menajamkan daya penglihatan, pendengaran dan bau(Menurut Ibn Qayyim)

Hikmah Berakikah
  1. Melahirkan rasa gembira atas kelahiran baru yang sujud kepada Allah
  2. Mendekatkan diri anak kepada Allah dengan akikah yang dilakukan
  3. Mengukuhkan tali persaudaraan sesama Islam apabila jamuan akikah diadakan
  4. Sebagai tebusan anak tersebut dapat memberi syafaat kepada ibu bapa
  5. Tanda syukur kepada Allah atas kelahiran anak
  6. Menjauhkan anak dari segala bahaya dan bencana
Berkhitan

Berkhitan atau berkhatan atau bersunat dalam istilah Melayu adalah memotong kulup atau lebihan kulit zakar bagi lelaki dan memotong sedikit hujung kelentit(clitoris) bagi perempuan.

"Fitrah itu lima perkara, ataupun lima bentuk fitrah ialah: Berkhatan, mencukur bulu kemaluan(lelaki dan perempuan), mencabut bulu ketiak, memotong kuku, dan mengunting misai. (hadis riwayat Abu Hurairah)

"Khitan itu disunatkan bagi kaum lelaki dan dimuliakan bagi kaum wanita". (Hadis riwayat Iman Ahmad)

Pendapat ulama' sepakat mengatakan khitan ini perlu dilaksanakan sebelum anak mencapai umur baligh.

Khitan Wanita

Disebutkan oleh Imam Ahmad daripada Ummu 'Athiyyah bahawa Rasulullah SAW pernah menyuruh seseorang supaya tidak memotong keterlaluan

Sabda Nabi SAW:

" Jika kamu mengkhitan maka janganlah kamu berlebih-lebihan kerana yang demikian akan lebih baik bagi wanita dan lebih disukai oleh suami".

Hikmah Berkhitan

  1. Membawa kesempurnaan kepada agama
  2. Membezakan antara orang Islam dan bukan Islam
  3. Menjaga kesihatan dan menjaga syahwat
  4. Memelihara diri daripada bahaya penyakit

No comments:

Post a Comment